Hasil tangkapan di Jepun - Day 4

07 January, 2010

Hari keempat destinasi kami ialah Ami Premium Outlet yang terletak di Ibaraki. Tengah sales hebat sempena hujung tahun dan Krismas.


Depan outlet Adidas


Food court

Food court di sini lepas makan kena kemas sendiri. Sampah buang dalam tong yang disediakan. Talam, cawan dan pinggan letak di tempat khas.

Bersama hasil tangkapan masing-masing

Hasil tangkapan pada hari ini
Hubby : sandal crocs and football shoes adidas (ehem2. beriya nasihat kat kita jangan rambang mata tapi dia yang tangkap lebih hehehe)
Me : long sleeve T-shirt 1200 yen sahaja ye..wink..wink (tak sampai RM50 pun)
Along & family : handbag Coach, adidas sport wear

Pada mulanya saya teringin nak beli :

Set periuk dan kuali Tefal (sales boleh tahan. Di sana ejaannya T-fal)
Bila fikir2 kuali-kuali kat rumah tu pun masih elok dan berkilat sebab jarang sangat masak  maka saya lupakan saja hasrat itu

Kids wear Osh Kosh B'Gosh dan Gap untuk my 2 darlings
Orang kata kalau shopping di oversea jangan cuba convert ke RM. Tapi saya tak berjaya mengikuti pesanan itu. Bila kira-kira balik walaupun sales tapi boleh tahan gak mahal untuk baju budak sebab saya memang tak biasa beli baju-baju dari dua brand elite ni.  Takpela nak, balik Malaysia nanti kita beli baju Anankku or Kiko pun cantik jugakkan.


Termenung tengok mama dari tadi asyik tekan2 kalkulator kat handphone

0 comments: