Kerja guru membebankan?

01 April, 2010

Pagi tadi terdengar isu ini dibincangkan di Hot RM. Rasa macam nak telefon je join the discussion tapi sebab tengah driving jadi dengar ajela. Dalam family saya memang ramai guru terutama side my father. My moyang (my father's grandfather) guru besar di Penang. Anak-anak dia pun ramai guru (my nenek and datuk sedara). Adik beradik my father (campur ipar duai) ada 5 orang guru. Dan yang paling hampir pastinya mama saya sendiri seorang GURU.

Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman sendiri. Mungkin ada yang setuju atau tidak bersetuju. Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan  satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara saya rasa itu AMAT PERLU (walaupun ada juga suara-suara yang berkata kerja apa pun banyak bebannya).

 Mama saya sudah tiga dekad menjadi guru (Alhamdulillah bakal pencen tahun depan di usia 56). Apa yang saya lihat tugas guru di tahun 80an dan 90an tidak sama seperti sekarang (saya rasa guru-guru senior lebih memahami). Tugas mereka bukan sengaja mendidik dan mengajar (tugasan hakiki) malah ditambah lagi  dengan tugasan kokurikulum, persatuan, tugasan penkeranian dan kursus yang tiada penghujungnya. Itu belum ditambah melayan panggilan telefon ibu bapa walaupun di luar waktu bekerja (expectation ibu bapa sekarang memang tinggi) . Hujung minggu kadangkala bukan lagi hujung minggu. Cuti sekolah juga tidak bermakna dapat cuti. Guru ini cuma manusia biasa..Punya keluarga dan juga perlu masa untuk sendiri. Jika stress melanda bagaimana mereka hendak memberikan perkhidmatan berkualiti. Pada saya, zaman persekolahan ialah masa yang paling kritikal dalam pembentukan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak dan remaja. Semasa itu mereka perlu diserapkan dengan nilai menghormati pendidik, jujur dalam menyiapkan tugasan /homework, bekerjasama dengan rakan-rakan dan menghargai kepentingan ilmu. Jika nilai-nilai ini gagal disemai maka kami di universiti akan menerima pelajar yang asyik meniru buat assignment (atau kadangkala tak buat lansung dan datang dengan 1001 alasan) , tidak hormat dengan pensyarah, tidak tahu bekerja dalam kumpulan dan belajar sekadar nak lulus peperiksaan (wujudlah istilah bawak masuk 'toyol' dalam dewan peperiksaan)..Sedih..memang sedih..Tambahan lagi jika melibatkan anak bangsa sendiri ..(Alhamdulillah sepanjang 5 tahun berkhidmat saya dikurniakan anak murid yang baik-baik).

Saya percaya setiap orang (terutama guru) punya cadangan untuk membaiki semua ini.  Saya berharap pihak jawatankuasa khas ini akan berjaya mencari cara terbaik dalam mengatasi semua ini. Selamilah hati guru-guru. Lawatilah mereka di tempat kerja. Jangan sekadar berharap pada laporan di atas kertas. . Teringat kata seorang guru saya.."Apa yang sampai ikhlas dari hati (guru) pasti juga akan terus ke hati (pelajar) . Kerjaya guru adalah kerjaya yang mulia, cuma khuatir satu hari nanti sukar untuk mencari guru yang benar-benar ikhlas menjadi guru. Saya rasa jika guru bukan kerjaya yang memang dijanjikan kerja selepas graduate (dalam erti kata lain tak payah susah-susah hantar testimonial dan attend interview sana sini) pasti pening "Faculty of Education" di universiti nak dapat students sebab semua TAK NAK TERBEBAN JADI GURU.




Teacher..you may not see the fruit of today's work ...but you have seeded a lifetime of knowledge


hayatizain : Terima kasih pada semua guru-guru saya di SRK Methodist Parit Buntar, SK Pmtg Tok Mahat Nibong Tebal dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Tanpa mereka siapalah saya.

0 comments: