Dini dan tangga

27 September, 2010

Alhamdulillah hari ini Mama dapat bersiaran kembali setelah hampir sebulan lebih tidak menulis. Sebenarnya banyak yang hendak dicatat sebagai kenangan tapi masa selalu membataskan. Ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan.

Belek-belek koleksi gambar sepanjang tempoh 'hibernasi' pening juga fikir catatan mana yang hendak dimula dulu. Setelah ditilik berulang kali rasanya untuk entry kali ni Mama nak share tentang perkembangan Dini yang genap 1 tahun 6 bulan pada 19 September lepas.

Semasa umur Aqil sebegini kami masih menyewa di Puncak Sri Kelana Condo. Parking di tingkat 3 dan rumah di tingkat 11. Alamatnya memang tak terdaya nak naik tangga. Aqil hanya kenal lif sahaja. Alhamdulillah rezeki kami untuk miliki landed house bermula Ogos 2010. Untuk tangga kami hanya pasang safety gate di bahagian atas. 

Alkisahnya kira-kira Julai yang lepas kami menerima tetamu (kawan Mr Hubby). Mr Hubby asyik bersembang di ruang tamu sambil Aqil dan Dini main-main dengan permainan (bawah tak ada TV sebab kami letak di family hall atas) . Mama pulak di dapur tengah goreng cucur untuk dihidangkan pada tetamu. Seperti biasala Aqil kalau Mama dekat dapur dia pun akan datang sibuk sama nak join. Sibuk nak tolong buat itu ini walaupun aras kepalanya kabinet pun tak lepas.

Bila Mama dah hampir siap tiba-tiba Mr Hubby datang ke dapur dukung Dini. Berderau darah Mama bila Mr Hubby cakap Dini naik atas seorang-orang dan baru turun balik. Dia jumpa Dini tengah turun tangga terakhir di bawah. Di tangan Dini ada berus gigi dan cawan plastik miliknya. Mama memang pasti sangat berus gigi dan cawan itu di atas. Mr Hubby ingat Dini ada bersama Mama di dapur. Mama pulak ingat Dini di depan dengan papanya. Safety gate di atas memang tak ditutup masa kami turun tadi dan posisi tangga rumah kami memang jenis tersembunyi. Tak sangka langsung Dini berani naik seorang diri. Alhamdulillah Allah pelihara anak kami ini.

Mula-mula Mama decide nak pasang another safety gate di bawah. Tapi bila fikirkan princess kami ni memang adventurous orangnya jadi Mama nak ambil pendekatan baru. Takut bila dihalang lagi dia nak nak cuba (silap-silap panjat safety gate pulak) .Lagipun dah sampai masanya Dini "belajar" naik turun tangga dengan selamat.

Dini the Explorer. Lapan bulan dah merangkak keluar masuk bawah coffee table

Mula-mula Mama bagi Dini peluang nak tunjuk macam mana dia naik dan turun hari tu sambil Mama ikut dari belakang.


                                       Hari tu Dini panjat macm ni la Mama. Ala-ala spiderman

             Dini panjat satu persatu anak tangga. Tak de skip-skip. Mama don't worry ye.



                                                                Dah nak sampai



Ok tak Mama?

Proud Dini yang tak habis-habis sengih
Setiap hari kami akan bagi Dini naik sendiri untuk training (of course with close monitoring dari belakang). She's so happy. Perasan jadi orang besar (yang tak tahannya abang Aqil dia pun nak naik tangga sambil merangkak..terbalik jadinya). Mama akan cuba pastikan di tangga tak de apa-apa yang boleh menganggu perjalanan (clutter free). Alhamdulillah tangga rumah kami pun tak de palang-palang besi di tepi (jenis tertutup dengan dinding).
Untuk turun pulak dia buat macam ni rupanya. Turun satu persatu anak tangga sambil duduk dan mengesot
Nampak sepit baju hijau tu..Kerja abang Aqil yang jealous sebab adik dapat lebih attention. Sengaja dia tabur-tabur barang masa Mama training Dini.

Janganla jealous sayang. Abang Aqil kan dah besar pandai turun naik tangga sendiri
Setakat ini cara naik nampak OK cuma cara turun tu perlu diperbaiki untuk lebih selamat. Mama juga pesan berkali-kali pada Dini yang dia hanya boleh naik tangga jika Mama atau Papa ikut sekali.

hayatizain : Kata kawan saya anak kedua memang lebih adventurous dan independent ..Anak pertama pulak lebih manja..Mama tertanya-tanya ini fakta atau mitos.

0 comments: