Aku Terima Nikahnya : By Ustaz Hasrizal

28 October, 2010

Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan


Cover buku

Mata Mama kadang-kadang "cerewet" sikit. Font dan spacing tertentu je yang dapat menarik hati. Suka tulisan besar dengan spacing yang sesuai macam ni (tapi bila baca journal terpaksa abaikan kecerewetan mataku ini)
Mukasurat : 227
Harga : RM20.90

Buku ini memuatkan rakaman pengalaman ustaz bermula dari titik mula perkahwinan sehingga dikurniakan anak- anak. Bagi sesiapa yang belum mengenali ustaz Hasrizal bolehlah melawat laman beliau di http://saifulislam.com/ . Cerita-cerita diolah dengan menarik di dalam 36 tajuk kecil. Antara tajuknya

  • Erti Sebuah Perkahwinan
  • Isteri dan Mata Hati
  • Di Mana Janji Kita
  • Cinta Tanpa Syarat
  • Cerdik Bukan Macam Kancil
  • Kita Dapat Apa Yang Kita Beri
  • Dalam Derita Ada Bahagia

Pengolahan cerita dipelbagaikan. Ada dalam bentuk dialog antara ustaz dengan ibunya, isterinya (kagum betul dengan Dr Muna yang gigih menyiapkan ijazah sarjana) , anak-anak , rakan-rakan mahupun peserta-peserta ceramah. Buku ini sesuai dimiliki oleh bakal-bakal pengantin, pengantin baru mahupun pengantin LAMA. Sebab tu Mama pernah beli beberapa naskhah buku ini untuk diselitkan bersama hadiah perkahwinan beberapa orang rakan rapat.
Di dalam buku ini  ustaz  menulis bukan sekadar perbincangan teori malah berkongsi  situasi rencah sebenar kehidupan.  Mungkin kerana itu bila mula membaca hati akan sentiasa tertarik untuk ke muka-muka surat seterusnya. Adakalanya perkara atau situasi yang hampir sama pernah  dilalui oleh diri sendiri. Ada juga situasi-situasi yang diketengahkan mungkin sedang atau bakal dihadapi oleh orang-orang yang rapat dengan kita. Sekurang-kurangnya bila mereka meminta pandangan kita, ada juga fakta atau nasihat yang boleh kita kongsikan dengannya.  Tidak semestinya perlu bersetuju dengan semua perkara yang ditulis di buku ini. Gunakanlah akal dan hati untuk menyaring dan menyesuaikannya dengan situasi sendiri. 


Catatan Mama :


Buku ini Mama beli kira-kira setahun yang lalu (24/7/09).Masih ingat tarikh sebenar kerana resit disimpan khas untuk kiraan income tax). Mama memang "lemah semangat" bila masuk kedai buku. Walaupun hajat hati mungkin nak cuci mata akhirnya pasti beratur di kaunter bayaran. Pernah jugak berhajat nak buat blog tentang buku di sini tapi rasanya ditangguhkan hajat kerana CASA BONDA pun selalu tak berupdate. Lebih baiklah tumpukan pada yang satu ini.  InsyaAllah di CASA BONDA ini Mama akan kongsi tentang koleksi-koleksi buku Mama. Buku terawal yang Mama pernah kongsi di CASA BONDA ialah buku penulisan Wardina MAMA SAYA LAPAR di entry ini. Banyak lagi pending sebab Mama selalu tak berkesempatan nak menulis. Buku ustaz Hasrizal sendiri ada lagi dua iaitu BERCINTA SAMPAI KE SYURGA dan  MURABBI CINTA

Buku AKU TERIMA NIKAHNYA ini Mama tempatkan di bilik Mama di fakulti. Mama rasa di situla tempat yang paling sesuai untuk buku inspirasi seperti ini

Kenapa simpan di office bukan di rumah?
Pernahkah ibu-ibu yang lain melalui saat pagi yang agak getir. Kelam-kabut dengan bersiap diri sendiri dan menguruskan anak-anak hendak ke nurseri. Di saat-saat itu juga kadang-kadang anak mula "menguji". Serba serbi tak kena. Pada masa itu kadang-kadang volume speaker mulut terpaksa di naikkan.. Sampai di pejabat sebaik sahaja pandang screen computer rasa seperti nak menangis. Lihat gambar suami dan anak-anak. Impian hendak menjadi isteri dan ibu mithali terasa masih terlalu jauh. Kuatkan hati untuk buat kerja. Langsai kuliah-kuliah , Mama capai buku-buku motivasi di rak sementara menanti waktu solat. . Kadang-kadang ada juga rakan sekerja yang bertandang ke bilik turut menumpang baca. Kami semua ibu-ibu muda. Impian di hati nak jadi "superwoman" tetapi kadang-kadang gugur juga air mata bila "RASA GAGAL" nak mencapai semua itu. Di saat-saat itu mungkin tak salah berpegang pada satu ayat ini "Rest if you must, but don't ever quit. "

hayatizain : Membaca adalah SPA untuk MINDA

2 comments:

Anna Da Lady said...

Assalamualaikum..Kawan saya selalu bercetita psl ustaz ni dan blog saifulislam....memang bagus la buku ni ye..thanks for sharing

hayatizain said...

Waaalikumusalam Anna
Sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama. :)
Terima kasih sudi menjenguk Casa Bonda