Pesta Buku Antarabangsa 2011 (KLIBF)

27 April, 2011

Hari Isnin lepas Mama ke KLIBF di PWTC dengan kawan-kawan satu department. Dah almost 4 tahun tak pernah ke sana. Area PWTC tu kan susah nak parking. Kali ni pun kami pergi atas urusan separa rasmi (kena pilih buku-buku untuk propose pada library bagi kegunaan students). Transport disediakan. Sebab tu mak buyung ni sampai jugak ke sana :)

Pesta buku ni memang happening. Mungkin juga kebetulan hari kami pergi tu baru nak perasmian. Orang ramai sungguh. We had limited time there because ada meeting di faculty belah petang. Sempat round level 3 je sebab dekat sana semua buku-buku ilmiah dari penerbit antarabangsa (McGraw-Hill, Oxford etc). Lenguh jugak kaki berdiri pilih buku-buku. Semua ada diskaun dan latest edition. Sangat rambang mata OK. Sesiapa yang berminat nak beli buku ilmiah/rujukan diingatkan keluar duit awal-awal ye. ATM di sana sentiasa ramai orang. Ada buku yang diskaun up to 50% tapi payment cash je. Debit card pun tak boleh.  Apatah lagi kredit kad. Mama memang teruja nak beli untuk diri sendiri sebab tajuk semua related dengan bidang Mama. (Kalau buku-buku yang kami pilih untuk fakulti tak payah bayar . Vendor akan berurusan dengan library dan bendahari). Kebetukan hari Mama pergi tu system switch kat ATM tergendala (CIMB). huhuhu frust sungguh sebab dah beratur lama baru la ATM tu tiba-tiba nak buat hal.  Tak nampak pulak ATM lain. Mujur ada member yang bagi pinjamkan cash dulu.

Before balik sempat  jenguk booth Jemari Seni (JS) di level bawah sekali. Alhamdulillah ada rezeki jumpa Kak Su. Beli novel terbarunya LANGSIR BIJI REMIA. Dah lama tunggu novel terbaru Kak Su. Rindu betul. Dari zaman student lagi Mama memang collect novel-novel Kak Su. Jalan cerita dan contents  tak pernah mengecewakan Mama. Sarat dengan ilmu. InsyaAllah kalau ada masa Mama buat review sikit pasal LANGSIR BIJI REMIA








Dan untuk Aqil dan Dini Mama belikan oleh-ole dari booth Ana Muslim. Gembira sangat sebab they all sangat happy . Isi kandungannya lain kali Mama cerita.

0 comments: