Moist chocolate cake (sukat cawan)

26 November, 2011

Assalamaualaikum

Hari ini nak kongsi resepi lagi. Seperti biasa resepi di blog Mama resepi yang simple dan mudah disediakan. Resepi ni opah yang bagi khas untuk cucu-cucu (Aqil dan Dini) yang suka makan kek. Sumber asal tidak diketahui . Bagi Mama senang sangat nak buat sebab sukatan cawan. Tak payah timbang-timbang. Sukat dan terus masuk dalam mixing bowl.

Bahan-bahan
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan untuk kurang manis)
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Penyediaan

Version A : Versioan asal yang opah bagi
Campur serbuk koko, susu cair, susu pekat, gula dan minyak jagung. Masakkan sebentar di atas api sehingga gulalarut. Sejuk kan .
Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan campuran di atas. Kacau sebati
Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati (boleh juga mesin sebentar dengan kelajuan paling rendah).

version B : version kalau nak cepat
Mesin gula dan telur
Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau sebati
Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sebati (boleh juga mesin sebentar dengan kelajuan paling rendah).

Adunan kek boleh dikukus atau dibakar. Jika kukus lebih moist berbanding bakar


Baru keluar dari steamer. Rupa kurang cantik tapi rasanya InsyaAllah tak mengecewakan

Suam-suam lagi dah dimakan oleh Aqil dan Dini

1 comments:

Anonymous said...

Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
You definitely know what youre talking about, why throw away your intelligence
on just posting videos to your weblog when you could be giving
us something enlightening to read?

Feel free to surf to my web-site ... click the following internet site