Kukus Nasi Beriani dengan Steam it Tupperware

27 April, 2011

Sengaja letak tajuk kukus nasi beriani insted of nasi beriani kukus. Takut nanti orang ingat Mama masak nasi beriani version kukus. Actually ni baki nasi beriani lunch semalam jadi Mama simpan dalam peti sejuk. Pagi ni panaskan untuk breakfast pulak. Nasi beriani ni favourite kami sekeluarga sebab tu Mama masak lebih untuk dua kali makan. Sangat simple dan senang. Boleh rujuk cara buat di sini. Tapi now kalau Mama masak, Mama akan goreng dulu ayam . Bila nasi dah 3/4 masak baru masukkan ayam.

Cara paling cepat dan senang nak panaskan nasi boleh guna microwave je. Tapi Mama lebih suka kukus sebab nasi akan lebih gebu dan lembap. 

 I'm using Steam-it from tupperware. Senang dan cepat jugak. Malas nak bongkok ambil TupperChef wok di penjuru hujung kabinet jadi Mama guna Tefal non-stick pan je. Sambil kukus sempat goreng keropok ikan (papadom dah out of stock) dan buat sambal tomato cili.


Nasi lebih gebu lepas dikukus

Dari dapur alas Steam It dengan Legacy Floria Plate terus hidang atas meja . Tangan Aqil yang dah tak sabar-sabar nak cedok nasi

 Hero yang kurus tapi KUAT MAKAN. Bukak mata bangun tidur je tanya pagi ni makan apa




Princess bucuk tak sempat mandi pagi dah nak makan.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 (KLIBF)

Hari Isnin lepas Mama ke KLIBF di PWTC dengan kawan-kawan satu department. Dah almost 4 tahun tak pernah ke sana. Area PWTC tu kan susah nak parking. Kali ni pun kami pergi atas urusan separa rasmi (kena pilih buku-buku untuk propose pada library bagi kegunaan students). Transport disediakan. Sebab tu mak buyung ni sampai jugak ke sana :)

Pesta buku ni memang happening. Mungkin juga kebetulan hari kami pergi tu baru nak perasmian. Orang ramai sungguh. We had limited time there because ada meeting di faculty belah petang. Sempat round level 3 je sebab dekat sana semua buku-buku ilmiah dari penerbit antarabangsa (McGraw-Hill, Oxford etc). Lenguh jugak kaki berdiri pilih buku-buku. Semua ada diskaun dan latest edition. Sangat rambang mata OK. Sesiapa yang berminat nak beli buku ilmiah/rujukan diingatkan keluar duit awal-awal ye. ATM di sana sentiasa ramai orang. Ada buku yang diskaun up to 50% tapi payment cash je. Debit card pun tak boleh.  Apatah lagi kredit kad. Mama memang teruja nak beli untuk diri sendiri sebab tajuk semua related dengan bidang Mama. (Kalau buku-buku yang kami pilih untuk fakulti tak payah bayar . Vendor akan berurusan dengan library dan bendahari). Kebetukan hari Mama pergi tu system switch kat ATM tergendala (CIMB). huhuhu frust sungguh sebab dah beratur lama baru la ATM tu tiba-tiba nak buat hal.  Tak nampak pulak ATM lain. Mujur ada member yang bagi pinjamkan cash dulu.

Before balik sempat  jenguk booth Jemari Seni (JS) di level bawah sekali. Alhamdulillah ada rezeki jumpa Kak Su. Beli novel terbarunya LANGSIR BIJI REMIA. Dah lama tunggu novel terbaru Kak Su. Rindu betul. Dari zaman student lagi Mama memang collect novel-novel Kak Su. Jalan cerita dan contents  tak pernah mengecewakan Mama. Sarat dengan ilmu. InsyaAllah kalau ada masa Mama buat review sikit pasal LANGSIR BIJI REMIA








Dan untuk Aqil dan Dini Mama belikan oleh-ole dari booth Ana Muslim. Gembira sangat sebab they all sangat happy . Isi kandungannya lain kali Mama cerita.

Stock clearance Tupperware @ Dinitupperwarekiosk

23 April, 2011

Dah upload items from new catalog. Bulan ni punya campaign barang cute-cute and colourful. Kalau ada items campaign lepas yang terlepas boleh jugak tengok di side bar.  And also stock clearance. Mak buyung nak clearkan a few items. Please visit DiniTupperwareKiosk

Results Giveaway di Casa Bonda

22 April, 2011

Seperti dijanjikan entry ni untuk results giveaway yang tertangguh sekian lama. Minta maaf atas kelewatan ye.

Untuk bahagian pertama ada 35 penyertaan. Terima kasih atas semua yang hantar jawapan. Sampai saat-saat akhir masih email



Antara peserta. Ada lagi a few names di next page email. Jangan risau semua Mama dah include dalam list.

Walaupun nampak senang sebab untuk bahagian pertama cuma cabut undi tapi nak kena susun dulu all the names baru boleh mula cabut. A few times check email takut ada nama yang terlepas pandang.

Jadi setelah cabutan undi NAMA yang terpilih ialah

SARIZAN CHE AMAT


Untuk bahagian 2 ada dua penyertaan sahaja. This part Mama serahkan pada my fren yang telah dilantik jadi juri sejak awal-awal lagi. Senyum lebar dia sebab keje senang je kali ni tapi tetap dapat tupperware free (Mama memang bagi Tupperware dekat fren yang sudi jadi juri). Jadi pemilik hadiah untuk bahagian kedua ialah


MARIA SMILE

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang sudi hantar penyertaan. Mohon pemenang contact Mama di hayatizain@yahoo.com untuk alamat penghantaran dan contact no

Cuba kembali bersiaran

20 April, 2011

Looking at the date dah almost 2 bulan Mama tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi kesihatan tak mengizinkan. My first trimester seperti biasa "all day sickness" .  Penyakit 3 M melanda (Mual, Muntah dan Malas). Asyik tak sedap perut je. Dr prescribe MMT and Maxolon tapi tak de effect.Lepas 2-3 kali makan Mama stop. Walaupun both dikategorikan selamat untuk pregnancy tapi kalau boleh Mama memang tak suka makan ubat-ubat...Cream cracker tak jalan..Teh halia tak jalan.. Lama-lama tawakal ajelah. Handbag memang sentiasa standby dengan plastic.. 

Kalau ikut hati rasa macam nak MC je hari-hari (kalau pergi jumpa Dr memang sure dapat MC sebab Mama low blood pressure). Tapi takdelah Mama MC hari-hari. Lecture masih on. Students pulak dah nak final exam. Mama ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.  

This week entering second semester macam dah OK sikit.  Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Last weekends dah berjaya masak sikit-sikit (All this while gantung periuk ok. Masuk dapur je muntah).  Nikmatnya makan homemade food walaupun simple. Kesian dekat Mr Hubby and kids. Bila badan tak sihat mood pun macam tak best.

InsyaAllah by this week month akan cuba publish a few entries. Antaranya

Results giveaway (InsyaAllah by malam ni or Khamis ye)
Our trip to Singapore (Feb 2011)
Potty training for  Dini
Birthday bash Aqil and Dini
From streamyx to UNIFI
Stock clearance @ DiniTupperwarekiosk