My study area - edisi jom berangan

28 February, 2012

Assalamaualaikum dan salam ceria

Tahun 2012 telah mengubah status Mama buat sementara. I'm a student now. Sebab tu dapat voucher buku 1 Malaysia..hehehe..

Bila jadi student kena dapatkan mood baru (saja mengada-ngada). Kena ada proper study area. Di rumah salah satu bilik memang kami jadikan study/computer room.



Inilah ruang komputer di rumah kami. Di sinilah port Mama sediakan bahan mengajar (slides etc) bila di rumah dan juga my pumping station . Kalau nak membaca buku selalunya mama baca di bilik mama di fakulti.

Tapi sekarang sebagai student Mama kena banyak membaca di rumah. Waktu siang banyak kerja yang perlu dilakukan di makmal. Ruang komputer kami tak sesuai untuk membaca journal atau buku sebab meja yang ada tu tak boleh menampung objek terlalu berat. Lagipun banyak dokumen mama simpan di dalam laptop sendiri. So I need a new working/reading area to put my laptop, books and journal.

Sebenarnya dalam bilik yang sama dah ada meja berbentuk L seperti dalam entry ini. Tapi condition sekarang MasyaAllah..tak sanggup nak tangkap gambar. Macam-macam ada di atasnya sebab kami tak guna meja tu.  Semasa nak cuti belajar dulu Mama kosongkan bilik di fakulti. InsyaAllah cuti belajar selama 3 tahun . Bila bawa balik rumah semua barang-barang dari bilik di fakulti mama letak atas meja L yang ada.

Tapi sekarang Mama perlu susun barang-barang tersebut supaya meja yang ada boleh ditukarkan menjadi my working/reading area. Sesak nafas hilang semangat tengok barang-barang yang banyak tu. I need motivation ..hehehe..jadi mari kita cuci mata dulu berangan tengok gambar di web martha steward ni


kecil tapi kemas dan selesa

Bestla idea letak board di dinding tu. Boleh gantung macam-macam (kalendar, puncher, stapler)

Since Mama sekarang ada hobi baru iaitu felt craft  teruja jugak tengok gambar ni. Sekarang ni semua benda-benda craft Mama letak atas meja study L tu. Macam mana la meja tu ta sarat.






0 comments: